Wednesday, February 22, 2017

RESEPI GARLIC BUTTER CHICKEN

Hai,

Pening nak masak apa dinner malam ni? asyik ulang menu sama je? haa, hari ni aku nak share resepi yang agak mudah korang boleh try kat rumah iaitu garlic butter chicken,




Bahan yang diperlukan simple je..
  • Dada ayam
  • Butter (aku guna buttercup)
  • Susu cair
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Minyak
  • Daun kari
  • Tepung jagung
Potong dada ayam panjang-panjang macam ni, tapi terpulang nak macam mana

Cara nak masak resepi ni mudah je, mula-mula masukkan minyak dalam kuali. tujuan guna minyak ni sebab tak nak butter korang tu hangus. 

Kemudian masukkan butter, biar butter tu cair kemudian masukkan bawang putih dan daun kari, goreng sampai garing dan naik bau.


Panas kan butter dengan minyak

Kemudian masukkan bawang besar dan cili padi, bila dah layu, bole lah masukkan susu cair tadi. bole tambah kunyit untuk warna. 


Bahan untuk tumis

Bila dh mendidih, boleh masukkan sedikit bancuhan tepung jangung. 

Untuk ayam pulak, aku goreng dengan tepung tempura yang segera tu. bila dah siap boleh gaul sos besama ayam tadi, tapi aku suka biar asing, biar ayam tu still crunchy..siap!



No comments:

Post a Comment