Saturday, February 18, 2017

5 LANGKAH MAKE-UP PALING MUDAH

Hai,

Hari ni aku nak share berkenaan dengan 5 langkah make-up paling senang. teknik yang aku nak share ni akan menghasilkan effect "no make-up look" 



Haa, apadia tu? no make-up look ni adalah cara makeup dimana korang makeup tapi tak nak bagi nampak macam makeup sangat, ala geli-geli gituh.

Tujuan no makeup makeup ni adalah bagi mereka yang tak berapa nak flawless tapi nk nampak beseri bila keluar rumah. boleh jugak untuk mereka yang pentingkan penampilan tapi no time nak make-up lama-lama letak bulu mata pelsu bagai. 

So sangat lah sesuai untuk mereka yang buzy jugak. boleh jugak yang sekali-sekala nak beseri-seri depan suami hampa sekali-sekala makeup. effect makeup yang minimal takdak la nampak korang macam badut bila tiba-tiba ja nak make-up kan, haha

Apa yang korang perlu ada adalah 5 benda ni iaitu
  1. Bedak asas (foundation)/BB & CC cream
  2. Bedak tabur (loose powder)
  3. Eye brow pensil/Gel
  4. Liptint/ nude lipstick
  5. Blusher
Benda pertama yang perlu korang buat adalah cuci muka bersih-bersih supaya makeup lebih fresh. kemudian boleh lah sapu bedak asas, untuk tutup cela, parut jerawat dan jugak pucat kat muka korang tu. kalau boleh, pilih lah bedak asas yang "light weight", yang bermaksud jenis yang tidak tebal untuk makeup pengantin tu namun masih boleh cover segala cela. 

Ada yang berpendapat, sapu guna tangan nampak effect lagi natural, bergantung pada individu masing-masing. kalau yang belum tahu bedak asas ni ada kod dia sendiri tau, jadi kalau tak tahu bole minta juru jual kat tempat tu tolong check kan apa kod korang. kebanyakan bedak asas ni bole tutup cela yang ala-ala manja je, kalau korang ada parut jerawat yang sangat obvious kena lah pakai concealer. Boleh jugak guna BB atau CC cream gantikan bedak asas kerana tekstur yang lebih ringan.


Benda kedua yang perlu ada adalah bedak tabur aka loose powder. kenapa bedak tabur? kenapa bukan bedak compact powder? tujuan dia adalah untuk tak nak bagi nampak muka korang tu setompok putih. bedak tabur ni kan dia dalam bentuk serbuk dan kena sapu guna berus kabuki atau powder brush, haa yang berus gebu-gebu tu. nak dapat kan hasil makeup yang ala geli-geli, nampak tak make-up tp gojes kena la guna benda-benda yang minimal.



Kalau aku sendiri, kalau nak dapat kan look ni, after pakai bedak tabur tu aku akan add-on dengan sapu highlighter ala geli-geli gitu. serius, muka akan nampak lebih fresh. tp kalau tak ada bole skip process ni.

Langkah ke-3 yang korang perlu buat adalah, melukis kening. yang ni bole pilih option nak guna jenis gel, pensil atau apa-apa yang korang suka. untuk look ni, tak perlu tebal-tebal, nama pon no makeup look kan. penuh kan mana-mana ruang kening yang tak berbulu supaya nampak penuh. hehe



Langkah ke 4 adalah blusher, yang ni adalah untuk tidak menampakkan muka ada tone, nak nampak kan effect pink ala-ala minah korea gituh, kat sini aku nak kasi tips pemilihan warna blusher mengikut warna kulit. untuk yang berkulit cerah boleh guna blusher warna pinky, yang berkulit sawo matang sesuai memilih blusher warna pinky-peach, manakala yang berkulit gelap boleh pilih warna brownish-pink. blusher ni, bole di sapu di tulang pipi



Last sekali adalah liptint, kenapa bukan lipstick? ada sebabnya sebab effect liptint ni lebih natural berbanding dengan lipstick. tapi kalau nak guna jugak lipstick, boleh. pilih lah warna-warna yang nude supaya still nampak look yang natural




Untuk makeup yang lebih detail aku akan sambung di entri akan datang. Bye..

3 comments:

  1. Sya tak pandai bermekap..patut la asma cantik, pandai bermekap rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe, bole belajar hehe.. asma pon belajar dari utube. asma minat makeup-makeup ni =)

      Delete
  2. Wah.. Boleh refer sini nanti bila terasa nak bermekap.

    ReplyDelete