Friday, February 17, 2017

TEMPAT MENARIK DI HATYAI [PART 2]

Part pertama entri tempat menarik di Hatyai aku dah cerita pasal Magic Eye 3D museum, okay untuk part kedua aku nak share tempat menarik seterusnya iaitu floating market yang bertempat dia Khlong Hae, Hatyai.



Tempat ni best kalau korang kaki suka try makan benda pelik-pelik, tapi kena consider bab halal haram jugak ya!


Sejenis pencuci mulut

Lokasi antara bandar Hatyai dengan pasar terapung ni agak dekat lebih kurang 5km, boleh pilih untuk gunakan tuk-tuk untuk lebih senang nak ke sana. kenapa senang? sebab pemandu tuk-tuk ni dah mahir dengan jalan kat sana. 

Floating market ni beroperasi pada pukul  3 petang- 9 malam dan dibuka pada hari jumaat sehingga ahad.

Apa yang istemewa nya pasal floating market ni adalah, mereka menjual makanan dan produk tempatan  di atas sampan, kesemua peniaga kat sini adalah majoriti nya wanita, apa yang aku nampak lah


Nampak mcm dim sum, tapi aku tak try pon

Jangan ingat sushi kat Jepun je, kat Thailand pon hado, haha

Bekas tahan liat ni dorang kasi free je, tak yah pulangkan balik


Memang banyak makanan yang menarik dorang offer tapi haruslah hati-hati ketika membeli, takut ada yang tak halal. sebab ada sesetengah peniaga wanita di sini bukan beragama islam, tapi pakai tudung, haa cane tu?

Kebetulan ke sini, driver tuk-tuk yang fasih berbahasa melayu dilek kelantan tu yang bagi tahu, hati-hati dengan peniaga di floating market ni.

Waktu terbaik yang aku bole suggest kalau nak ke sini adalah pukul 5 petang dan ke atas, masa aku pegi dulu pukul 3petang, agak panas dan tak best nak enjoy makanan kat situ

Kat sini banyak dorang jual surviniour (key-chain, baju dan lain-lain) kalau nak beli untuk kawan-kawan bole beli kat sini

Alamat & GPS:

Khlong Hae Khutao Road,
Khlong Hae Hatyai,
Thailand

Tel: 074-580 888

GPS: 7.04648,100.47450









2 comments:

  1. syoknya boleh melawat tempat orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ni sebelum kawin ni, family suka pegi thailand. nnti bole la try pegi ajak family okay> =)

      Delete