Thursday, February 16, 2017

TEMPAT MENARIK DI HATYAI [PART 1]

Tahun lepas aku ke Hatyai becuti satu famili, since kampung aku dekat kedah so jarak nak ke Hatyai tu hanyalah 2 jam je. 

Untuk tak bersesak-sesak kat sempadan Malaysia -Thai kena lah bertolak awal pagi. kalau tengah hari memang berpeluh lah jugak nak beratur panjang. Di maklumkan, masa kami pegi tu adalah time cuti sekolah, orang sangat lah ramai yang datang dari KL, penang, yang dari Singapore pon ada, nasib betolak awal pagi. kebetulan masa tu ada pesta Songkran kat Thailand, itu yang berduyun-duyung manusia kat sini.


Pesta Songkran

Kebiasaan nya kalau becuti kat Thailand kami menginap satu malam di hotel dan esok nya jalan-jalan baru terus balik

Kat sini aku nak suggest beberapa tempat menarik yang kena lawat bila ke Hatyai, Thailand:

Magic Eye 3D museum

Sebenarnya museum ni kat Penang pun ada, tapi saja aku nak cuba yang kat Hatyai ni punya. Dah alang-alang ke sini kan, kalau nak masuk ni kena beli tiket tau, harga tiketnya pulak masa tu adalah 400 baht untuk dewasa dan 300 baht untuk kanan-kanak, dan korang akan di beri sepasang stoking secara pecuma bertujuan untuk melindungi mural-mural yang dilukis dilantai.

Kat dalam museum ni terdapat 100 lebih mural yang korang bole bergambar dengan impak 3D. Ada pelbagai jenis konsep seperti mesir purba, mona lisa, titanic, marine, aladin dan sebagainya.

Contoh effect 3D dari camera



Lukisan-lukisan ni mungkin korang akan nampak biasa je dengan mata kasar, tapi bila bergambar akan menghasilkan imej 3D, contoh seperti di bawah. Untuk menghasilkan gambar 3D, kena lah ikut arahan yang ditetapkan seperti berdiri di point yang mereka tetapkan untuk dapatkan effect gambar yang woww!


Abah lah orang paling excited hehe




aku bernasib baik, sebab masa aku datang tu lagi sejam dorang nak start magic show. Hanya sekali je dalam sehari mereka akan buat magic show, so memang sangat bernasib baik, magic show nya pon best sbb itu first time tengok live, kagum la jugak.

Untuk tempat menarik seterusnya aku akan sambung di entri akan datang

Kalau berminat nak ke magic eye 3D museum, boleh lah plan bila cuti sekolah nanti

Pembelian tiket secara online:

Alamat magic eye 3D museum:
1408 Kanjanavanich Rd
Hatyai Songkhla TH 90110 
1408 ถ.กาญจนวณิชย์ 
ต.หาดใหญ่ อ.หาดใหญ่ 
จ.สงขลา 90110

Tel: (+66) 074-559-111
emel: sales@magiceyemuseum.com
Fb: Magic eye museum


















No comments:

Post a Comment