Saturday, February 11, 2017

AMERIN HOTEL, JOHOR BHARU YANG BEST

Haii,

Tahun lepas aku ke johor baru hadiri majlis kahwin sedara, di sebabkan tak mahu penat ulang-alik JB-KL so husband aku suggest untuk tidur di hotel satu malam. Kebetulan waktu kami nak ke sana adalah masa cuti sekolah, jadi hotel kena la book awal nanti penuh.

Lepas godek-godek kat website booking.com, tertarik pulak dengan satu hotel ini, Amerin Hotel. Hotel ni bertaraf empat bintang dan sangat dekat dengan Universal Studio Singapore, Sanrio Hello Kitty Land dan Lego Land, yang nak pegi becuti bawak anak-anak bejalan boleh la stay di hotel ni.

Selesai je majlis kawin, kami pon ke hotel untuk berehat. Pong-pang pong-pang uruskan pendaftaran hotel, kami pon naik ke bilik. Bukak saja pintu bilik, ohh wow memang lawa bilik ni. Yang tak bestnya kami satu malam je kat sini, tapi takpa next time boleh datang lagi.



Bilik yang kami check-in tu dilengkapi kemudahan basic seperti televisyen (ada astro), wifi, peti ais, mini pentri, water heater dan seterika. Dalam banyak-banyak tempat dalam bilik ni, aku paling suka dekat toilet, sambil mandi bole tengok laki hang dok buat apa, tapi jangan risau hat malu-malu miaw tu bole tutup kaca tu bila nak mandi. Lepas mandi tu kalau nak buat ayaq kopi kat laki hampa, hotel ni ada sedikan pentri, haa pilih la nak bancuh ayaq kopi ka ayaq teh.





untuk kemudahan muslim, hotel dah sedikan siap-siap arah kiblat dan sejadah. Jadi tak payah susah payah nak download penunjuk arah kiblat bila nak solat. Easy!



Selain tu, hotel ni jugak ada sediakan faciliti seperti gym, spa dan kolam renang. Kalau datang sini dengan anak-anak boleh la bawak pegi mandi kolam sambil minum ayaq nyioq, kahkahkah

Untuk kaki-kaki shopping sekalian, jangan lah sedih sebab Johor Premium Outlet 25 minit saja dari Hotel, yayy! Kalau nak boleh shopping puas-puas.

Pakej yang kami ambik inclusive breakfast ke esokan harinya, makanan yang hotel ni offer sangat lah best, seronok sangat makan sampai lupa nak ambik gambar breakfast yang sangat menarik tu. Tapi Haa meh aku share view yang subhanallah cantiknya, boleh kata breakfast in the sky


Keseluruhannya, aku sangat puas hati dengan apa yang hotel ni sediakan, kalau ditanya berapa bintang boleh bagi aku akan bagi 4/5. untuk lebih lanjut berkenaan dengan hotel ni, aku sediakan link di bawah, kalau berminat bole baca kat sini.


website rasmi hotel:
http://amerinhotel.com.my/

Untuk gambar yang lagi menarik click link dibawah:

Jenis-jenis bilik yang hotel amerin tawarkan boleh click link kat bawah ni:

Selain cantik, apa yang aku suka pasal hotel ni adalah jarak yang dekat dengan semua tempat-tempat utama. Okay kat sini aku senaikan jarak dari satu tempat ke satu tempat dari Hotel Amerin:

Senai International Airport- 15.99km
Seletar Airport- 22.38km
Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah- 5km
Larkin Bus Terminal- 6.39km
Perling Medical Centre Sdn Bhd- 1.26km
Guardian- 2.48 km
7 Eleven -0.42km
ATM -0.55km

Lokasi:
No, 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor, Malaysia



3 comments:

  1. Wow.. rooftop tu yang menarik..boleh try.. thanks for info

    ReplyDelete
  2. Beb.. plis try k.. best hotel ni rasa mcm nk p lagi jer

    ReplyDelete
  3. Beb.. plis try k.. best hotel ni rasa mcm nk p lagi jer

    ReplyDelete