Monday, March 20, 2017

CARA HILANGKAN SENGAL BADAN

Sapa kat sini ada hari malas kadang kadang rasa nak dibelai je? belai apa tu jangan salah paham. maksud aku manjakan diri di SPA

Paling tidak pon sebulan sekali mesti nak bermassage, best gila kot. menurut tukang urut tempat aku selalu pegi tu urat kita ni bole tegang kalau lama tak urut. hmm, mungkin ada betulnya kan. mungkin jugak dia kelentong aku sebab nak aku selalu diurut, hahaha

aku ada la tempat urut fevret kat Bangi sana tu, rate dia letak pon berpatutan iaitu RM110/2 jam. Kebiasaannya aku akan ambik pakej 2 jam baru rasa segar sikit badan ni. 

tukang urut yang aku biasa request tu dari indonesia, urutan dia lebih kepada relaxing, kononnye selepas penat bekerja nak rehatkan badan tu

lepas je urut 2 jam tu, tukang urut ni akan sedikan secawan halia madu, sedap tau memang berkesan untuk buang angin. di sebabkan sedap so aku pon tanya la macam mana akak buat. dia pon bagitahu lah, bahan-bahan seperti halia, serai, gula melaka di rebus sampai mendidih kemudian di tapis airnya.

korang yang sakit-sakit badan nak buang angin tu boleh lah try ye. aku baru je try buat nak amalkan tengok apa jadi. 

nak lagi best, amalkan la makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur, di samping meringankan badan calcium sangat penting untung tulang kita kot.


No comments:

Post a Comment