Monday, February 6, 2017

BAKAL PENGANTIN, TENANG JE [PART 1]

Hai bakal-bakal pengantin, mesti ada yang serabut kepala otak duk piaq check-list apa yang hampa kena buat kan? Okay, takyah pening-pening serabut sebabnya benda ni hampa akan experience sekali ja seumur hidup. 

Serius aku rindu time aku duk lintang-pukang buat persiapan  kahwin. Bagi aku personally, wedding preparation adalah part paling best. Tapi kannn..haaa ada tapinya, time aku kawin aku kena kemas rumah kaw-kaw, dan sangat lah penat. Ambik masa berbulan-bulan jugak nak buang apa yang patut, nak susun rapi apa yang perlu disimpan. Okay inilah part paling aku nak bebai (orang kedah panggil bebai= nak marah). 

Part wedding preration pulak macam pegi jumpa wedding planner, pilih door gift, deal dengan makanan kenduri dan lain-lain tu aku suka, buat apa hampa nak pening kepala part ni sebab syok apaa.

masuk ke topik asal, habis ja degree aku kat UPM bulan ogos 2015, sebulan lepas tu September 2016 keluarga sebelah lelaki datang merisik, awwwm.. Haihh tak tau la aku ikut saja, kalau tak ikut satgi hang tua takdak sapa nak kat hang. So, pong-pang pong-pang depa sembang untuk dapat kan kata putus seperti tarikh tunang, nikah, berapa hantaran hang nak dan lain-lain. Tak tau la apa lagi depa sembang sebab gila ka apa aku nak pi dengaq sekali.


hand-bouquet diy


konvocation ke-37 UPM


So, aku pon bertunang lah pada bulan desember 2016, majlis aku simple-simple je. Semua benda plan mengikut bajet aku. Kalau kau nak ikutkan hati, nak pelamin grand-grand, baju penuh labuchi lip-lap lip-lap bukan hang nak pi cucuk langit pon. Baju tunang jimat aku tu aku beli kat zalora, brand zalia. Masa tu tengah sales, aku pon beli la yang bekenan di hati. Banyak ja hampa bole pilih yang ready-made kat website atau online shop. Banyak size, warna, design yang menarik ada, sama ada hampa bekenan atau tak ja lah.




Dress tunang jimat ku beli di zalora masa sales


Bab pelamin pulak, aku ambik pakej yang paling murah. Try la negotiate dengan butik pengantin dengan bajet yang hampa ada. Mintak dia cadangan yang simple, tapi cantik. Betunang ja pun, tak yah nak gelabah sangat pelamin tuh.



pelamin jimat dan paling simple

Masuk pulak bab hantaran tunang, haaa ni fun-part sebab semua hantaran tunang aku buat sendiri. Aku enjoy buat kraf benda-benda serabai ni jadi aku suka la. Kalau yang tak suka tu,tapi nak jimat hampa beli la kotak apa-apa letak dalam tu bagi elok. Kalau nak tempah sekarang ni mahal, tak berbaloi la untuk tunang ja pon kan. Okeh setel bab tunang. Next entri aku akan cerita pasal preparation majlis nikah dan sanding pulak. Bersambung....



 Hantaran DIY sendiri, boleh try kalau hampa enjoy crafting




No comments:

Post a Comment